Ringgit jatuh ke kadar paling rendah dalam tujuh minggu

KUALA LUMPUR: Ringgit Malaysia jatuh ke kadar paling rendah dalam tujuh minggu pada Selasa (10 Mei) selepas dolar Amerika mengukuh dan harga minyak jatuh, menjelang tarikh akhir bagi pembayaran faedah bon oleh syarikat pelaburan kerana 1Malaysia Development Bhd.

Ringgit jatuh 1 peratus kepada 4.0553 sedolar Amerika pada 9.55 pagi di Kuala Lumpur dan 4.0585 sebelum itu.

Ia kadar paling lemah sejak 22 Mac, menurut data daripada bank tempatan yang dikumpul oleh Bloomberg.

RM mendahului mata wang yang rugi di Asia suku ini selepas prestasinya mengatasi prestasi rantau ini dalam tempoh tiga bulan pertama.

Ringgit juga jatuh mendadak berbanding dolar Singapura. Sedolar Singapura diniagakan pada 2.9599 ringgit pada 11.26 pagi Selasa, naik 0.7 peratus daripada kadar penutup 2.9392 pada Isnin. - Bloomberg

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 66
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.