Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ringgit semakin kukuh

May 15, 2017 | 03:53 PM



KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat pada awal dagangan hari ini, didorong minat belian baru terhadap nota tempatan di tengah-tengah kelemahan dolar, kata peniaga.



Pada 9 pagi tadi, ringgit didagang pada kadar 4.3330 berbanding dolar Amerika.



Peniaga berkata dolar Amerika ditutup lebih rendah minggu lalu disebabkan data ekonomi yang lebih lemah daripada jangkaan.



Ia turut didorong peningkatan kebimbangan dalam kalangan pelabur berhubung kemungkinan bank pusat negara itu tidak menaikkan kadar faedah pada bulan depan sebagaimana yang dijangka.



Ringgit didagangkan kebanyakannya lebih kukuh berbanding mata wang utama.



Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0853.



Pada 13 April, sedolar Singapura diperdagangkan pada RM3.179, iaitu paras tertinggi sejauh ini.



Seorang peniaga berkata keadaan politik yang tidak menentu di Amerika, berkaitan pemecatan Pengarah Biro Siasatan Federa (FBI), Encik James Comey, Selasa lalu oleh Presiden Donald Trump menyebabkan pelabur mencari pelaburan selamat dan ini menyebabkan kejatuhan ekuiti dan dolar Amerika.



Mata wang ringgit juga disokong oleh kenaikan harga minyak mentah sejak beberapa hari lalu.



Harga minyak hadi ini meningkat 1.5 peratus menyusuli kenyataan terbaru oleh menteri minyak Arab Saudi dan Russia yang sepakat melanjutkan pengurangan pengeluaran minyak Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) dari hingga pertengahan tahun ini kepada hingga Mac tahun depan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >