Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ringkasan konflik Israel-Palestin

Jan 18, 2024 | 12:16 PM



WHO: Pesakit di hospital Gaza ‘tunggu mati’


NEW YORK: Seorang pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggambarkan keadaan buruk di hospital masih ada di Jaluran Gaza, dengan pesakit “menunggu untuk mati” kerana kekurangan kakitangan dan bekalan yang meruncing.


Penyelaras pasukan perubatan kecemasan WHO, Encik Sean Casey, berkata setelah kira-kira lima minggu menghabiskan masa di wilayah Palestin yang dilanda perang, beliau melihat pesakit di hospital “setiap hari dengan luka melecur teruk, dengan patah tulang, menunggu beberapa jam atau hari” untuk rawatan.

“Mereka sering meminta saya makanan atau air – yang menunjukkan tahap terdesak yang kita lihat,” kata Encik Casey kepada pemberita di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada 17 Januari.

Encik Casey berkata beliau dapat melawat hanya enam daripada 16 hospital yang mash berfungsi di Gaza, daripada 36 yang wujud sebelum perang. – Agensi berita.

Bantuan bagi tebusan, orang awam tiba di Gaza


BAITULMAKDIS: Bekalan ubat untuk tebusan dan bantuan kemanusiaan bagi orang awam memasuki Gaza pada 17 Januari di bawah satu perjanjian yang baru diuruskan oleh Doha dan Paris, kata pengantara Qatar.


Ini sedang Israel memperhebat serangannya di selatan wilayah Palestin, menurut Yahoo News.

Pertempuran di Jaluran Gaza sejak serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober, mengakibatkan kematian kira-kira 1,140 orang, kebanyakannya orang awam, menurut pengiraan AFP berdasarkan angka rasmi Israel.


Sekurang-kurangnya 24,448 rakyat Palestin, kira-kira 70 peratus daripadanya wanita, kanak-kanak dan remaja, telah terbunuh dalam pengeboman dan serangan darat Israel, menurut angka terkini kementerian kesihatan Gaza.


Menulis di X, jurucakap Kementerian Ehwal Luar Qatar, Encik Majed Al Ansari, berkata ubat-ubatan dan bantuan kemanusiaan itu memasuki Gaza “sejak beberapa jam lalu” di bawah perjanjian yang diumumkan pada Selasa.

Jurucakap tentera Israel, Encik Daniel Hagari, memberitahu media Israel akan “sedaya upaya melakukan pemeriksaan dengan Qatar bagi memastikan ubat-ubatan itu akan sampai kepada tebusan yang memerlukannya”.

Qatar sebelum ini berkata dua pesawat tiba di bandar El-Arish, Mesir, berhampiran sempadan Gaza, dengan 61 tan bantuan yang disediakan oleh Doha dan Perancis.

AS serang Houthi di Yaman sekali lagi


WASHINGTON: Amerika Syarikat melancarkan satu lagi pusingan serangan terhadap sasaran Houthi di Yaman pada 17 Januari, pegawai Amerika memberitahu agensi berita Reuters.


Bagaimanapun, tidak ada butiran lanjut diberikan dan tiada juga maklumat mengenai sasaran atau berapa banyak peluru berpandu dilancarkan.

Serangan oleh militia Houthi yang bersekutu dengan Iran ke atas kapal di rantau itu sejak November, telah mengganggu perdagangan antara Asia dan Eropah dan mencemaskan kuasa besar.


Houthi, yang menguasai sebahagian besar Yaman, berkata mereka bertindak sebagai tanda perpaduan dengan rakyat Palestin di Gaza, dan telah mengancam untuk memperluaskan serangan mereka, melibatkan kapal Amerika, sebagai tindak balas kepada serangan awal Amerika dan British dari minggu lalu.


Tentera Amerika berkata dron yang dilancarkan dari kawasan yang dikawal oleh pemberontak Houthi di Yaman melanggar kapal milik Amerika di Teluk Aden.

Pada 17 Januari, Amerika meletakkan semula pemberontak Houthi yang berpangkalan di Yaman dalam senarai kumpulan pengganasan, kerana kumpulan itu mendakwa melakukan satu lagi serangan minggu ini ke atas kapal kendalian Amerika di rantau Laut Merah. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >