KUALA LUMPUR: Paras rizab Lembaga Tabung Haji negatif dan tidak akan dapat membayar 8.8 juta pencarum sebarang dividen tahun ini jika tidak mengambil tindakan menyelesaikan masalah itu, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz kepada lembaga itu baru-baru ini.
Dalam surat bertarikh 23 Disember, Tan Sri Zeti memberitahu Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, nilai aset hanya mencukupi untuk membayar tidak lebih daripada 98 sen bagi setiap seringgit nilai liabiliti, lapor Malaysian Insider semalam.