LONDON: Bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo, adalah bintang sukan global paling 'dicari' di Internet.
Pemain Manchester United berusia 37 tahun itu mendahului senarai lima atlet paling popular di dunia maya.
Secara purata, nama Ronaldo dicari kira-kira 11 juta kali sebulan. Ia hampir lima juta melebihi carian terhadap bintang American Football bagi kelab New Orleans Saints, Ryan Ramczyk, 28 tahun itu menarik 6.1.
Mencukupkan senarai ialah penyerang kelab bola sepak Paris Saint-Germain (PSG), Neymar (ketiga); legenda bola keranjang bagi pasukan Los Angeles Lakers, LeBron James (keempat); dan bintang Argentina dan pasukan PSG, Lionel Messi (kelima). - Agensi