Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

RTM batal siaran langsung debat 1MDB

Nov 04, 2015 | 05:44 PM



KUALA LUMPUR: Siaran debat secara langsung antara pengkritik isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Encik Tony Pua, dan Presiden 1MDB, Encik Arul Kanda, yang dijadualkan akan disiarkan di saluran RTM1 oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Jumaat ini terpaksa dibatalkan.


Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak berkata, keputusan itu dibuat kerana Encik Pua menarik diri daripada rancangan tersebut.


"Tiada lagi (tawaran). Tawaran hanya untuk 2 individu, Pua dan Arul. Apabila salah seorang mereka menarik diri, tawaran siaran langsung tiada lagi," kata Datuk Seri Salleh di Parlimen hari ini.


Beliau berkata, RTM tidak menawarkan siaran langsung walaupun Encik Pua diganti dan Pakatan Harapan menghantar wakil ahli Parlimen lain.


"Kami bersetuju untuk beri kepada 2 individu ini sahaja. Ini bukan debat antara 2 parti, ini debat antara 2 individu yang mencabar satu sama lain," katanya.


Bagaimanapun, parti-parti pembangkang dalam Pakatan Harapan akan meneruskan perdebatan dengan presiden 1MDB, walaupun RTM memutuskan untuk tidak lagi menyiarkannya secara langsung.


Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, terdapat cara lain menyiarkan debat itu untuk tontonan umum.


"Jika RTM tidak mahu menjadi hos, ada Astro Awani dan yang lain," katanya pada sidang akhbar di pejabat pembangkang di Parlimen hari ini.


Menurutnya, sekretariat Pakatan juga telah mengenal pasti calon yang akan menggantikan ahli parlimen Petaling Jaya Utara tersebut dalam debat itu.


"Nama ini akan dibawa ke mesyuarat majlis presiden malam ini dan kita akan umumkan di Parlimen pada jam 11.30 esok," kata Datuk Saifuddin. - Malaysiakini, The Malaysian Insider




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >