Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

RTM siar debat 1MDB Jumaat ini

Speaker Parlimen tidak izin debat diadakan kecuali penuhi syarat
Nov 03, 2015 | 02:37 PM



KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menganjurkan debat antara Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Encik Arul Kanda Kandasamy, dengan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Encik Tony Pua, pada Jumaat ini menerusi saluran TV1 mulai 9 malam hingga 10 malam.


Namun demikian, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, tidak membenarkan perdebatan antara Encik Pua dengan Encik Kandasamy diteruskan.


Malah, beliau sanggup meletakkan jawatannya jika perdebatan itu diteruskan.


Menurut Tan Sri Pandikar, beliau tidak membenarkan perdebatan secara siaran langsung itu kerana Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) masih lagi menjalankan siasatan terhadap 1MDB.


"Berdebat ini tiada kesimpulan, kalau saya benarkan perdebatan ini, seolah-olah perdebatan lagi penting daripada siasatan PAC, kalau begitu, selepas ini tidak perlu wujudkan sebarang jawatankuasa, cukup dengan debat sahaja.


"Kalau kerajaan mahu teruskan perdebatan ini, saya tidak akan libatkan diri, malah, saya akan mengundur diri sebagai Speaker Dewan Rakyat," katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini sebentar tadi.


Jelas Tan Sri Pandikar, beliau akan hanya membenarkan perdebatan itu dengan syarat Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara meletakkan jawatan sebagai Ahli PAC atau tidak melibatkan diri dalam mana-mana prosiding siasatan PAC mengenai 1MDB.


"Syarat kedua adalah Arul Kanda tidak boleh lagi terlibat (sebagai saksi) dalam mana-mana prosiding siasatan PAC, ini bagi mengekalkan ketelusan," katanya.


Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak, debat yang akan dikendalikan oleh seorang moderator dari RTM itu akan disiarkan secara langsung dari Studio 1, Angkasapuri.


"Debat itu akan disiarkan secara langsung selepas ia mendapat permintaan daripada banyak pihak tetapi ia tidak dibuat di hadapan penonton kerana kita tidak mahu ia mencetuskan emosi berdasarkan fahaman politik yang berbeza," katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu Kali Kesembilan di Universiti Putra Malaysia, Serdang dekat sini hari ini. - Utusan Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >