Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

RTS JB-SG: Menteri Pengangkutan M'sia jamin akan siap ikut waktu

Nov 24, 2020 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, memberi jaminan bahawa Laluan Sistem Transit Laju (RTS) antara Johor Bahru (JB) dan Singapura akan selesai dalam tempoh yang ditetapkan.



Dr Wee berkata projek itu akan memberi kesan positif maksimum kepada rakyat Johor.



"Sebagai wakil Kementerian Pengangkutan, saya memberi jaminan tentang komitmen kerajaan dalam memastikan projek itu dapat dilaksanakan dengan berkesan dan teratur.



"Sementara itu, projek ini juga dapat diselesaikan pada waktu yang ditentukan, iaitu menjelang 2026," katanya.



Menurutnya juga, kementeriannya berharap projek itu dapat memberi kesan ekonomi positif kepada industri seperti pelancongan dan hartanah, terutama di Johor.



Dr Wee berkata demikian dalam satu video yang disampaikan di upacara pecah tanah bagi projek tersebut, dan diterbitkan di Facebook.



Beliau menambah bahawa Laluan RTS sepanjang empat kilometer itu berfungsi sebagai sistem pengangkutan menjimatkan dan menjanjikan bagi meningkatkan perhubungan.



Beliau juga berkata RTS memberikan akses mudah, cepat dan selesa kepada orang yang melintasi sempadan Malaysia-Singapura.



"Ini juga dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang dihadapi di pintu masuk kedua-dua negara yang telah dialami selama bertahun-tahun," kata beliau dalam satu pos Facebook berasingan.



Apabila RTS siap kelak, perjalanan antara stesen Bukit Chagar di Johor dan stesen Woodlands North di Singapura dijangka mengambil masa hanya lima minit.



Ia boleh menampung hingga 288,000 penumpang setiap hari.



Secara keseluruhan, Kementerian Pengangkutan Malaysia akan menyumbangkan RM3.715 bilion ($1.22 bilion), iaitu 39 peratus, daripada kos projek tersebut, dengan bakinya ditanggung oleh Singapura.



Penumpang berulang-alik melalui Laluan RTS hanya perlu melalui imigresen sekali ketika bertolak - sama ada di Bukit Chagar atau di Woodlands.



Sementara itu, penduduk Johor gembira melihat perkembangan RTS itu, kerana telah menantikan projek tersebut lebih satu dekad.



Antara mereka ialah peniaga S. Sures, 48 tahun.



"Ini benar-benar akan membantu menggalak perhubungan dan membolehkan bandar Johor Bahru mendapat keuntungan daripada jumlah pengunjung dari Singapura yang masuk melalui RTS.



"Sebilangan besar perniagaan tempatan sangat bergantung pada pengunjung dari Singapura.



"RTS pasti akan membawa pertumbuhan ekonomi positif ke negeri ini, termasuk untuk perniagaan kecil seperti perniagaan saya," kata pemilik kedai menjual pakaian dan tekstil itu. - The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >