Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rubio tarik diri, Clinton dan Trump menang besar

Mar 16, 2016 | 12:52 PM



MIAMI (Florida): Encik Donald Trump mengalahkan lawannya, Senator Marco Rubio, di tempat beliau sendiri, Florida, dalam persaingan bagi menjadi calon parti Republikan bagi pilihan raya presiden, membuat Senator itu mengumumkan beliau menarik diri daripada perlumbaan tersebut.



CNN mengunjurkan kemenangan bagi Encik Trump dan Cik Hillary Clinton bagi parti Demokrat di Florida, apabila pemilihan ditutup pada Selasa mada Amerika Syarikat (15 Mac).



Encik Trump juga dijangka menang di North Carolina dan Illinois, sementara Cik Clinton di North Carolina, Ohio dan Illinois.



Encik Trump menerima 46 peratus undi di Florida - salah satu daripada dua pemenang, manakala Encik Rubio menangkap hanya 27 peratu, dengan 99 peratus undi telah dikira.



Encik Rubio kemudian mengumumkan menarik diri.



Gabenor Ohio, Encik John Kasich, lebih bernasib baik di negeri kelahirannya, di mana beliau berjaya menewaskan Encik Trump dengan mendapat 47 peratus undi, berbanding 36 peratus bagi Encik Trup.



Bagi parti Demokrat, Cik Clinton mendapat 65 peratus undi di Florida, menewaskan Senator Vermont, Encik Bernie Sanders, yang mendapat hanya 33 peratus undi, dengan 99 peratus undi telah dikira.



Beliau juga menang di North Carolina, meraih 55 peratus undi berbanding 41 undi bagi Encik Sanders (73 peratus undi telah dikira). - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >