Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

INDONESIA

Rundingan hasilkan tatalaku Laut China Selatan akan dipergiat

Feb 24, 2023 | 05:30 AM



JAKARTA: Rundingan baru bagi menghasilkan sebuah tatalaku berkaitan Laut China Selatan - yang sudah bertahun belum dapat dicapai - akan digiatkan pada 2023, kata pegawai Indonesia dan China pada Rabu.



Menteri Luar Indonesia, Cik Retno Marsudi, mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari China, Encik Qin Gang, di Jakarta pada Rabu, menjelang satu pusingan rundingan mengenai tatalaku itu mulai Mac.



Encik Qin berikrar China akan bekerja dengan negara-negara Asia Tenggara untuk "saling mewujudkan kemantapan dan kedamaian di Laut China Selatan", ditengah-tengah ketegangan di perairan itu, lapor The Straits Times.



China dan empat negara Asean - Brunei, Malaysia, Filipina dan Vietnam - serta Taiwan membuat tuntutan bertindih ke atas perairan strategik itu. Ia satu isu yang belum dapat dihuraikan sejak puluhan tahun.



Selaku pengerusi giliran Asean bagi 2023, Indonesia berkata ia akan mengadakan pusingan baru rundingan dengan negara-negara anggota Asean dan China mulai Mac.



Dalam satu sidang media bersama di Jakarta, Encik Qin berkata China, Indonesia dan negara pesisir di Laut China Selatan akan bekerja dengan negara anggota Asean lain "untuk melaksana secara berkesan dan sepenuhnya" mengikut Deklarasi Tatalaku Pihak Berkenaan, yang menyeru bagi satu huraian damai bagi pertikaian itu, dan segera merundingkan tatalaku bagi mengendalikannya.



Kunjungan dua hari Encik Qin ke Jakarta, yang berakhir Khamis, adalah lawatan rasmi pertamanya di Asia sejak dilantik selaku menteri luar pada hujung 2022.



Beliau turut melakukan kunjungan muhibah ke atas Presiden Joko Widodo dan beberapa pegawai lain.



Selain isu Laut China Selatan, dua menteri luar itu membincangkan isu serantau dan global, termasuk pemulihan pandemik Covid-19 dan krisis Myanmar serta keselamatan rantau Asia Pasifik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >