GENEVA: Rundingan antara pihak yang berperang di Syria mulai menunjukkan kemajuan secara beransur-ansur, tetapi pengantaranya daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Lakhdar Brahimi, memberi amaran tiada hasil jelas yang boleh dijangkakan dalam pusingan pertama rundingan itu.
"Kemajuan dicapai secara perlahan-lahan tetapi masih ada kemajuan," kata Encik Brahimi kepada wartawan selepas hari kelima rundingan di Geneva itu, yang disifatkan oleh kedua-dua pihak sebagai "positif".