Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Russia beri amaran 10 militan IS sudah masuki Thailand

Dec 04, 2015 | 05:27 PM



BANGKOK: Agensi risikan Moscow telah mengeluarkan amaran bahawa 10 warga Syria yang mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) telah memasuki Thailand untuk menyasar serangan terhadap warga Russia, kata polis Thailand hari ini, Jumaat.


Surat bertanda "rahsia penting" dan "penting", dengan ditandatangani oleh timbalan ketua cawangan khas Thailand, telah tersebar luas di kalangan media setempat lewat semalam.


Surat itu menyatakan bahawa Khidmat Keselamatan Perseketuan Moscow (FSB) telah memberitahu polis Thai bahawa sekumpulan warga Syria telah memasuki negara itu antara 15 Oktober dengan 31 Oktober lalu untuk menyasar kepentingan Russia.


"Mereka (warga Syria) telah memasuki Thailand secara berasingan. Empat pergi ke Pattaya, dua ke Phuket, dua ke Bangkok dan lagi dua ke lokasi yang tidak diketahui," kata surat tersebut, yang menukil maklumat daripada FSB.


"Tujuan mereka ialah bagi mencetuskan insiden-insiden buruk untuk menjejas warga Russia dan perikatan Russia dengan Thailand," kata surat itu tanpa menamakan para suspek tersebut.


Lebih 1.6 juta warga Russia melawat Thailand tahun lalu, jumlah terbesar dari kalangan negara-negara Eropah.


Kunjungan dari Russia melonjak semasa musim cuti Krismas dan Tahun Baru.


Namun, kedutaan Russia di Bangkok tidak segera memberi kenyataan terhadap surat itu.


Namun, Songpol Wattanachai, timbalan jurucakap polis Thai, memberitahu wartawan "surat itu benar" tetapi menambah:


"Kami tidak mempunyai bukti jika mereka berada di sini atau tidak."


Timbalan jurucakap kedua polis Krissana Phattanacharoen mengesahkan "kandungan surat (itu) adalah tulen," namun meredakan ancaman khusus terhadap negaranya.


"Ya ia satu ancaman, bukan sahaja bagi negara saya tetapi juga negara-negara lain," tambah beliau merujuk kepada potensi bahaya IS.


Ogos lalu, sebuah kuil terkemuka di tengah Bangkok diserang bom mengakibatkan 20 orang terkorban, termasuk seorang warga Singapura manakala tujuh warga Singapura yang lain cedera. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >