Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KRISIS RUSSIA-UKRAINE

Russia boleh serang Ukraine pada bila-bila masa: Amerika

Feb 08, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Russia boleh menyerang Ukraine dalam beberapa hari atau minggu tetapi masih boleh memilih jalan diplomatik, kata penasihat keselamatan Rumah Putih, Encik Jake Sullivan, kelmarin.



"Kita berada dalam satu tempoh. Pada bila-bila masa, Russia boleh mengambil tindakan ketenteraan terhadap Ukraine, atau mungkin beberapa minggu dari sekarang, atau Russia boleh memilih mengambil jalan diplomatik," kata Encik Sullivan dalam program Fox News Sunday.



Encik Sullivan membuat ulasan itu dalam satu temu bual televisyen selepas dua pegawai Amerika pada Sabtu lalu menyatakan Russia, yang merampas Crimea dari Ukraine pada 2014, mempunyai kira-kira 70 peratus kuasa tentera yang diperlukan bagi pencerobohan berskala penuh ke atas Ukraine.



Sedang Russia menghimpunkan lebih 100,000 askar berhampiran sempadan Ukraine, Moscow berkata ia tidak merancang sebarang pencerobohan tetapi boleh mengambil tindakan ketenteraan yang belum ditentukan jika tuntutan keselamatannya tidak dipenuhi.



Ini termasuk jaminan bahawa Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) tidak akan mengambil Ukraine sebagai anggotanya, satu tuntutan yang ditolak Amerika dan 30 negara Nato.



Presiden Amerika, Encik Joe Biden, berbincang dengan Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, kelmarin, kata Rumah Putih.



Perbincangan itu dibuat sebelum lawatan Encik Macron ke Moscow semalam, dalam usaha beliau mengendurkan ketegangan berkaitan isu Ukraine.



Perbincangan melalui telefon selama 40 minit antara Encik Biden dengan Encik Macron itu membolehkan dua pemimpin itu membuat penyelarasan sebelum lawatan Encik Macron ke Moscow, kata sumber Presiden Perancis.



Tindakan yang mungkin diambil Russia termasuk merampas wilayah Donbass di Ukraine, di mana kumpulan pemisah yang disokong Russia berpisah daripada penguasaan pemerintahan Ukraine pada 2014, serangan siber, atau pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine, tambah Encik Sullivan.



"Kami percaya terdapat kemungkinan sangat jelas bahawa Encik Vladimir Putin akan mengarahkan serangan ke atas Ukraine," kata Encik Sullivan, merujuk kepada ketua Russia.



"Ia boleh dilakukan dalam beberapa bentuk berbeza. Ia boleh berlaku esok, atau mungkin mengambil masa beberapa minggu lagi.



"Beliau telah meletakkan dirinya dalam satu kedudukan untuk dapat bertindak agresif terhadap Ukraine pada bila-bila masa sekarang," tambah Encik Sullivan.



Ukraine, sambil mencari lebih banyak bantuan ketenteraan, juga telah berusaha meredakan kebimbangan mengenai berlakunya pencerobohan itu.



Menteri Luar, Encik Dmytro Kuleba, kelmarin menggesa orang ramai untuk mengabaikan ramalan pencerobohan itu sambil menyatakan negaranya kuat dan mempunyai sokongan antarabangsa yang belum pernah berlaku sebelumnya.



Washington telah menjelaskan ia tidak akan menghantar askar Amerika untuk mempertahankan Ukraine, yang bukan anggota Nato.



Namun ia telah memberi Kyiv senjata, dan minggu lalu berkata ia akan menghantar kira-kira 3,000 tentera tambahan ke Poland dan Romania untuk melindungi Eropah Timur daripada sebarang potensi limpahan daripada krisis tersebut.



Satu pesawat yang membawa askar Amerika mendarat di Poland kelmarin, kata seorang saksi Reuters.



Presiden Amerika, Encik Joe Biden, menghantar mesej kepada kumpulan tentera itu ketika beliau tiba di Rumah Putih.



"Kami selalu memikirkan anda," katanya.



Menurut satu kenyataan Rumah Putih, Encik Biden telah bercakap dengan Encik Macron kelmarin menjelang lawatan presiden Perancis itu ke Moscow, satu usaha untuk meredakan ketegangan yang diselaraskan dengan Washington dan Berlin.



Canselor Jerman, Encik Olaf Scholz, yang dijadual bertemu Encik Biden di Rumah Putih semalam, memberi isyarat sebelumnya bahawa beliau terbuka kepada rancangan mengerahkan lebih banyak tentera ke Lithuania untuk menguatkan kawasan timur Nato.



Amerika dengan sekutunya, telah mengancam sekatan ekonomi yang meluas terhadap Russia sekiranya ia menyerang Ukraine.



Ini termasuk sekatan kewangan dan eksport. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >