Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Russia kerah peluru berpandu tetapi tolak perang dengan Turkey

Nov 26, 2015 | 09:22 AM



MOSCOW: Russia mengerahkan sistem pertahanan udaranya yang paling berteknologi tinggi ke Syria pada Rabu (25 Nov) bagi melindungi jetnya yang beroperasi di sana, tetapi menolak tindak balas ketenteraan terhadap Turkey, yang menembak jatuh sebuah jet pejuang Russia di sempadan Syria.


Tindakan Turkey pada Selasa (24 Nov) itu adalah pertempuran yang diakui secara terbuka yang paling serius antara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dan Russia dalam masa setengah abad, dan merumitkan lagi usaha antarabangsa untuk memerangi kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) di Syria.


Para pegawai Russia melahirkan kemarahan atas tindakan Turkey itu, dan bercakap mengenai langkah-langkah tindak balas, tetapi respons mereka dibuat dengan teliti.


"Kami tidak bercadang berperang dengan Turkey, sikap kami terhadap orang-orang Turkey tidak pernah berubah," kata Menteri Luar Russia, Encik Sergei Lavrov, pada Rabu, selepas bercakap dengan rakan sejawatannya dari Turkey, Encik Mevlut Cavusoglu, melalui telefon dalam hubungan pertama antara dua pihak itu selepas kejadian tersebut.


Bantahan anti-Turkey diadakan di luar kedutaan negara itu di Moscow pada Rabu.


Perdana Menteri Russia, Encik Dmitry Medvedev, memberi amaran bahawa syarikat Turkey mungkin kehilangan kedudukan mereka dalam pasaran Russia dan projek-projek bersama penting boleh dihentikan.


Encik Lavrov, bagaimanapun, memberi amaran bahawa Moscow akan "secara serius menilai semula" hubungan dengan Ankara, manakala Kremlin berikrar bahawa tentera udaranya akan terus terbang misi berhampiran ruang udara Turkey.


Presiden Turkey, Encik Tayyip Erdogan, berkata Ankara tidak mempunyai niat untuk peningkatan ketegangan dengan Russia dan Turkey hanya mempertahankan sempadannya.


Bercakap dalam perjalanan ke bandar Yekaterinburg, Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, mengarahkan pengerahan sistem senjata canggih ke pangkalan udara Khmeimim Russia di wilayah Latakia Syria.


Pengerahan senjata itu, yang menurut para pegawai ialah sistem peluru berpandu S-400 , mungkin dilihat sebagai amaran keras kepada Turkey supaya jangan cuba menembak lagi sembarang pesawat Russia.


Jet Su-24 Russia itu dijatuhkan oleh peluru berpandu yang ditembat dari pesawat Turkey sedang ia terbang berhampiran sempadan negara itu dalam misi mengebom pemberontak di Syria.


Turkey berkata pesawat itu menceroboh ruang udaranya dan ia telah memberi amaran berulang kali supaya jet tersebut menukar haluan, tetapi para pegawai Russia berkata ia tidak pernah memasuki ruang udara Turkey.


Selepas mesyuarat tergempar kesemua 28 negara anggota Nato pada Selasa, ketua pakatan tentera itu, Encik Jens Stoltenberg, berkata ia berdiri teguh bersama Turkey, namun beliau menggesa kedua-dua pihak supaya cuba menyelesaikan krisis tersebut. - Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >