Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Russia mahu cetus Perang Dunia Ketiga: PM Ukraine

Apr 25, 2014 | 05:46 PM



KIEV (Ukraine) - Perdana Menteri Ukraine, Encik Arseny Yatseniuk, hari ini mendakwa Russia mahu mencetuskan Perang Dunia Ketiga dengan menduduki Ukraine "secara ketenteraan dan politik" dan mewujudkan konflik yang akan merebak ke seluruh Eropah.


"Percubaan memulakan konflik ketenteraan di Ukraine akan membawa kepada konflik ketenteraan di Eropah," Encik Yatseniuk memberitahu Kabinet sementara dalam ucapan disiarkan secara langsung.


"Dunia belum dapat melupakan Perang Dunia Kedua, tetapi Russia sudah mahu memulakan Perang Dunia Ketiga," ujarnya.


Sementara itu, tentera Russia menjalankan latihan berhampiran 1 kilometer dengan sempadan Ukraine tetapi tidak menyeberanginya.


Menteri Pertahanan Ukraine yang ditukil agensi berita Interfax-Ukraine sebagai berkata, segerombolan tentera Rusia telah berada dekat sempadan dan pesawat tentera turut mengambil bahagian dalam latihan itu.


Encik Mykhailo Koval menegaskan, "angkatan tentera Ukraine sudah bersedia untuk menangkis sebarang pencerobohan". - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >