Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Russia sahkan jet perangnya ditembak jatuh Turkey

Nov 25, 2015 | 08:31 AM



ANKARA: Turkey, negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), menembak jatuh jet perang Russia, yang ia kata mencabuli ruang udaranya, di sempadan Syria pada Selasa (24 Nov).


Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, berkata tindakan itu akan mempunyai "akibat serius" ke atas hubungan antara dua negara tersebut itu, protagonis utama dalam perang Syria.


Tentera Turkey berkata jet tersebut melanggar ruang udara negara itu 10 kali dalam tempoh lima minit, kenyataan yang dicabar Moscow, yang berkata ia berada di ruang udara Syria.


Gambar televisyen Turkey menunjukkan jet Russia itu meletup dan terhempas di sebuah gunung Syria.


Kejadian itu berlaku sedang Russia dan Barat secara perlahan-lahan menuju ke arah persefahaman untuk bersatu tenaga bagi menghadapi Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).


Ini berikutan serangan kumpulan pengganas itu di Paris, yang membunuh 129 orang, dan menembak jatuh pesawat komersial Russia di Mesir, yang menyebabkan 225 orang mati.


Nato telah mengadakan mesyuarat tergempar berhubung kejadian itu, yang pertama sejak Russia melancarkan serangan udara di Syria pada September.


Kehadiran jet tentera dari Russia, Amerika Syarikat, Perancis, Turkey dan beberapa negara Teluk di langit Syria telah lama menimbulkan kebimbangan berlaku satu peristiwa yang boleh meningkat menjadi krisis diplomatik dan ketenteraan besar.


Dalam ucapan pertamanya mengenai kejadian itu, Encik Putin mengesahkan jet pejuang F-16 Turkey telah menembak jatuh jet Sukhoi SU-24 Russia dengan peluru berpandu udara ke udara.


Namun, beliau berkata jet tersebut diserang apabila ia berada satu kilometer di dalam Syria, dan beliau menegaskan ia tidak pernah mengancam wilayah Turkey.


Encik Putin, yang bercakap perlahan-lahan dan jelas marah sebelum pertemuan dengan Raja Abdullah II dari Jordan di Sochi, Russia, menyifatkan tindakan Turkey sebagai "menikam dari belakang" oleh orang yang "bersubahat" dengan pengganasan, dan beliau menuduh Turkey menolong ISIS dengan membantu ia menjual minyaknya.


"Peristiwa pada hari ini akan mempunyai akibat serius bagi hubungan Russia-Turkey," tegas beliau.


Menurut laporan, dua juruterbang dapat keluar dari jet Russia itu dan gambar televisyen Turkey menunjukkan dua payung terjun putih turun ke tanah.


Nasib juruterbang tidak diketahui.


Media Turkey kata seorang daripada mereka ditangkap oleh pasukan pemberontak di Syria, manakala sumber pembangkang Syria berkata, seorang daripada mati sementara seorang lagi hilang. - AFP, New York Times, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >