FERGUSON (Missouri): Panel juri memutuskan tidak akan mendakwa seorang pegawai polis di Ferguson yang menembak mati seorang remaja kulit hitam berusia 18 tahun, Michael Brown.
Pendakwa Raya Daerah St Louis, Encik Bob McCulloch, mengumumkan keputusan itu selepas pertemuan panel juri membabitkan sembilan anggota kulit putih dan tiga kulit hitam sejak 20 Ogos lalu bagi menimbang kes tersebut.