Rusuhan Plaza Low Yat: Seorang lelaki didakwa

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengulangi tekad polis untuk memburu pihak yang melakukan provokasi dalam insiden pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat.

Kenyataan itu dibuat sedang seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencuri telefon bimbit Lenovo bernilai RM800 ($286) di plaza tersebut Sabtu lalu.

Shahrul Anuar Abdul Aziz, 22 tahun, yang hadir ke mahkamah memakai kemeja-T hitam dan seluar jeans bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor, lapor Berita Harian Online.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 42
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.