Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Said Zahari meninggal dunia

Apr 12, 2016 | 04:26 PM



KUALA LUMPUR: Bekas tahanan politik, Encik Said Zahari, telah meninggal dunia pada 12.30 tengahari tadi.



Berita kematian beliau telah dimaklumkan oleh anaknya, Encik Norman Said melalui tulisan di Facebooknya.



Encik Norman menulis: "Innalillah. Ayah saya, Said Zahari, telah kembali ke rahmatullah pukul 12.30 tengahari tadi," yang ditukil laman berita Malaysiakini.



Allahyarham Said, 88 tahun, merupakan tokoh wartawan yang disegani dan pernah menjadi tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Singapura selama 17 tahun semasa era pemerintahan Encik Lee Kuan Yew.



Beliau dilaporkan sebagai orang kedua paling lama ditahan (17 tahun) di bawah ISA selepas Encik Chia Thye Poh, menyusuli Operasi Cold Store yang dilaksanakan pemerintah pada 1963.



Allahyarham juga terkenal kerana pernah memimpin wartawan Utusan Melayu melakukan mogok pada tahun 1961 bagi membantah tindakan Umno menguasai akhbar tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >