Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saiful saman Anwar, tuntut ganti rugi $20juta

Aug 13, 2014 | 05:47 PM



KUALA LUMPUR: Bekas pembantu peribadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Encik Mohd. Saiful Bukhari Azlan, telah menyaman Datuk Seri Anwar untuk menuntut ganti rugi RM50 juta (sekitar $10 juta) kerana Ketua Pembangkang itu menuduh beliau telah memfitnahnya dan berkonspirasi dengan cara membuat laporan polis berhubung kejadian liwat yang menimpanya.


Bekas pembantu peribadi bekas perdana menteri itu memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi di sini pada 23 Jun lalu.


Peguam, Encik Zamri Idrus, yang mewakili Encik Mohd. Saiful memberitahu, pada pengurusan kes saman itu hari ini, Timbalan Pendaftar, Cik Norfauzani Mohd. Nordin menetapkan pada 8 Oktober depan sebagai pengurusan kes.


Katanya, mahkamah memberikan arahan supaya Datuk Seri Anwar memfailkan pernyataan pembelaan dalam masa tiga minggu.


Ketua Pembangkang itu sebelum ini mengaku tidak bersalah meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.


Datuk Seri Anwar berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan sekiranya disabitkan bersalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan. - Utusan Online, Sinar Harian .




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >