Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saintis hasil telur guna sel tikus jantan

Mar 17, 2023 | 05:30 AM



PARIS: Para saintis telah menghasilkan telur menggunakan sel-sel tikus jantan buat kali pertama, sehingga menghasilkan tujuh ekor tikus yang lahir hasil daripada dua tikus jantan, menurut kajian yang dianggap "revolusioner".



Teknik yang dirintis dalam eksperimen berkonsepkan bukti itu masih dianggap jauh daripada dapat digunakan ke atas manusia, dengan halangan termasuk kadar kejayaan yang rendah, kebimbangan akan adaptasi selain pertimbangan etika yang meluas.



Namun pencapaian itu menimbulkan prospek akan kemungkinan pembiakan baru termasuk pasangan lelaki pondan - atau lelaki bujang - mungkin mempunyai anak kandung tanpa memerlukan telur wanita.



Kajian itu, yang diterbitkan dalam jurnal Nature, dijalankan sekumpulan saintis di Jepun yang dipimpin ahli biologi pembangunan, Profesor Katsuhiko Hayashi, dari Universiti Osaka dan Kyushu.



Profesor Hayashi dan pasukannya sebelum ini menemui cara mendapatkan sel-sel kulit daripada seekor tikus betina dan mengubahnya menjadi telur yang boleh digunakan untuk melahirkan anak tikus yang sihat.



Bagi kajian terkini mereka, pasukan itu menyasar untuk melakukan yang sama bagi sel-sel tikus jantan.



Seperti manusia, tikus jantan juga mempunyai kromosom X dan Y, sedang tikus betina mempunyai dua kromosom X.



Para saintis mengambil sel-sel kulit daripada ekor seekor tikus jantan dan dalam sebuah piring, mengubahnya menjadi sel-sel stem pluripoten teraruh - yang boleh menjadi apa jua jenis sel.



Semasa proses itu, sekitar enam peratus sel hilang kromosom Y mereka, meninggalkan hanya kromosom X - bermakna mereka dikenali sebagai XO.



Menggunakan protein pendarfluor dan sejenis ubat yang diberi nama reversine, para penyelidik berupaya hasilkan pendua daripada kromosom X yang sedia ada dalam sel-sel ini, menghasilkan sejenis set XX.



Sel-sel tersebut kemudian digunakan untuk hasilkan telur, yang kemudian disenyawakan dengan sperma daripada tikus jantan berbeza dan diimplan ke dalam rahim tikus betina surogat.



Daripada 630 percubaan, tujuh ekor anak tikus dilahirkan, membentuk kadar kejayaan lebih satu peratus sahaja.



Anak-anak tikus itu tidak menunjukkan sebarang tanda tidak normal dan semuanya subur, menurut kajian itu.



Profesor Hayashi, yang menyampaikan dapatan itu buat kali pertama di Puncak Antarabangsa Ketiga mengenai Penyuntingan Genom Manusia di London minggu lalu, memberi amaran bahawa banyak halangan kekal sebelum teknologi itu dapat digunakan ke atas manusia.



"Terdapat perbezaan ketara antara seekor tikus dengan seorang manusia," katanya di mesyuarat tersebut.



Ketua makmal yang menentukan jantina di Universiti Bar-Ilan di Israel, Dr Nitzan Gonen, memberitahu agensi AFP bahawa ia "laporan revolutioner", sambil memberi amaran bahawa "perjalanan masih jauh".



Secara teori, teknik tersebut boleh membenarkan pasangan sesama jantan untuk hasilkan anak tikus, satu dengan menawarkan sperma dan seekor lagi telur, kata Dr Gonen, yang tidak terlibat dalam kajian itu. - AFP.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >