Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saintis jumpa 'sotong hantu' di dasar laut dalam di Hawaii

Mar 07, 2016 | 11:45 AM



NEW YORK: Saintis telah menemui seekor sotong kurita "yang kelihatan seperti hantu" di laut dalam di Hawaii yang kelihatan daripada spesies yang tidak diketahui sebelum ini, kata para penyelidik.

Para saintis daripada Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Nasional Amerika Syarikat (NOAA) berkata ia ditemui pada kedalaman kira-kira 4,290m, satu rekod kedalaman bagi haiwan octopod (mempunyai lapan tentakel, kaki atau tangan) tanpa sirip.

Sebuah kenderaan kendalian jauh (ROV) penyelidikan menemui sotong kecil, lut cahaya secara tidak sengaja sekitar 4 km di perairan dekat Necker Island di hujung barat daya Kepulauan Hawaii, kata NOAA.

"Kemunculan haiwan ini tidak seperti sembarang rekod yang pernah diterbitkan dan satu penemuian yang paling dalam pernah" bagi makhluk laut jenis ini, kata Encik Michael Vecchione, daripada NOAA dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 2 Mac.

NOAA telah menyiarkan sebuah video di laman web yang menunjukkan sotong itu - makhluk pucat dengan mata bulat selamba dan sesungut lesu - berehat di dasar laut.

Sotong itu kini digelar 'Casper the Friendly Ghost' di media sosial. - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >