Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Saksi: Najib terima RM2.08 bilion dalam akaun bank peribadinya pada 2013

Sep 28, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak menerima sejumlah RM2.08 bilion (kira-kira $648 juta) dalam akaun bank peribadinya dalam sembilan transaksi pada 2013, demikian Mahkamah Tinggi diberitahu kelmarin.



Pengurus cawangan AmBank (Malaysia) di cawangan Jalan Raja Chulan, Cik R. Uma Devi, membuat pengakuan di mahkamah bahawa dana itu dimasukkan ke akaun bank Encik Najib dalam transaksi antara Mac dengan April 2013.



Akaun bank Encik Najib di bank Malaysia itu bernombor hujungnya 694.



Berdasarkan kenyataan akaun itu, Cik Uma Devi berkata sejumlah RM155 juta dimasukkan tiga kali ke dalam akaun mantan perdana menteri itu pada 22 Mac, 2013.



Empat hari kemudian iaitu pada 26 Mac,tahun itu juga sejumlah RM188,001,963.02 telah dimasukkan ke akaun itu.



Saksi itu juga membuat pengakuan dalam perbicaraan Encik Najib bahawa pada 28 Mac tahun itu juga, sejumlah RM231,150,000 dan RM138,824,962.98 lagi dimasukkan ke dalam akaun yang sama dalam dua transaksi.



Cik Uma Devi memberi pengakuannya dalam perbicaraan kedua kes rasuah terhadap Encik Najib berkaitan dana kerajaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang bermasalah itu.



Beliau berkata, terdapat tiga transaksi pada 8, 9 dan 10 April, dengan jumlah RMS152.5 juta, RM304 juta dan RM602 juta yang dimasukkan secara berturut.



Encik Najib, 69 tahun, sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun atas kesalahan rasuah berkaitan SRC International Bhd, bekas anak syarikat 1MDB, setelah Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang mendapatinya bersalah.



Perbicaraan kelmarin adalah satu daripada perbicaraan kes rasuah yang lain yang dihadapi oleh bekas perdana menteri itu, berkaitan dengan 1MDB, dengan berbilion ringgit telah disalah guna.



Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat telah mengatakan bahawa AS$4.5 bilion ($6.4 bilion) telah digelapkan daripada 1MDB oleh pegawai-pegawai dan sekutunya.



Dalam perbicaraan yang sedang berjalan itu, Encik Najib menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya bagi menerima rasuah berjumlah RM2.28 bilion daripada dana 1MDB dan lagi 21 tuduhan pencucian wang haram melibatkan sejumlah wang yang sama.



Encik Najib menubuhkan 1MDB semasa menjadi P erdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2009. Dia juga adalah pengerusi lembaga penasihat 1MDB sehingga ia dibubarkan pada 2016. - ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >