Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Salma Hayek: Trump ada-adakan cerita lepas saya enggan keluar dengannya

Oct 24, 2016 | 11:46 AM



SEDANG senarai wanita yang membuat dakwaan seksual terhadap calon presiden Amerika Syarikat daripada parti Republikan, Encik Donald Trump, bertambah, nama paling berprofil tinggi timbul: pelakon Salma Hayek.



Bintang Hollywood itu berkata Encik Trump cuba keluar dengan beliau tahun lalu tetapi apabila beliau menolaknya, hartawan itu mengada-adakan cerita dalam tabloid gosip National Enquirer mengenai dirinya, dan mendakwa pelakon itu terlalu pendek buatnya.



Apabila ditanya oleh sebuah stesen Los Angeles, Radio Centro 93.9, Jumaat lepas (21 Okt) apakah beliau percaya pelbagai dakwaan serangan seksual terhadap Encik Trump, Hayek menjawab beliau percaya, dan terus menceritakan pengalamannya sendiri.



"Semasa saya bertemu lelaki itu, saya ada teman lelaki, dan dia cuba menjadi kawannya untuk mendapatkan nombor telefon rumah saya. Dia dapat nombor saya dan dia menghubungi saya untuk mengajak saya keluar," katanya, sebagaimana dilaporkan oleh Buzzfeed.



"Apabila saya memberitahunya saya tidak akan keluar dengannya sekalipun saya tidak mempunyai teman lelaki, (kenyataan yang beliau anggap sebagai tidak menghormatinya), dia twelefon - oklahlah, dia tidak akan mengaku yang dia menelefon, tetapi ada orang menghubungi National Enquirer."



Hayek memberitahu program bahasa Sepanyol El Show del mandril bahawa National Enquirer melaporkan bahawa Encik Trumplah yang tidak mahu dengan beliau kerana beliau "terlalu pendek".



Penerbit National Enquirer, Encik David Pecker, dan Encik Trump dilaporkan oleh media, termasuk Washington Post, sebagai kawan baik. Encik Trump pernah menulis untuk tabloid itu, dan pada Mac lalu, ia mengesahkan sokongannya bagi Encik Trump menjadi presiden.



Hayek berkata selepas laporan National Enquirer itu disiarkan, Encik Trump menelefon beliau sekali lagi.



"Kemudian, dia menelefon dan meninggalkan mesej buat saya: 'Boleh percayakah itu (laporan National Enquirer)? Siapa yang akan cakap macam itu? Saya tidak mahu orang ramai rasa demikian mengenai awak'," cerita Hayek, lapor Buzzfeed.



"Dia fikir saya akan cuba keluar dengannya supaya orang tidak akan berasa itulah sebabnya dia tidak akan keluar dengan saya," tambah Hayek.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >