WASHINGTON: Penduduk Islam Amerika Syarikat bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan dengan tibanya perayaan Aidiladha yang dijangka disambut pada 11 September ini yang juga ulang tahun ke-15 serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia dan Pentagon pada tarikh sama, 2001.
Ketegangan masih menebal di Amerika yang menyaksikan sentimen Islamofobia terus memuncak dan sambutan Aidiladha yang kebetulan jatuh pada hari tragedi 11 September mungkin membawa kepada tindak balas terhadap penduduk Islam negara itu.