BEIJING: Presiden China Xi Jinping pagi semalam mengadakan apa yang digambarkan oleh media negara itu sebagai upacara sambutan "sangat istimewa" dan "peringkat tertinggi" bagi Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Dewan Besar Rakyat.
Upacara sambutan bermula kira-kira 9.15 pagi dengan pancaragam tentera China memainkan lagu kebangsaan Amerika dan China sementara tembakan meriam upacara dilepaskan di Dataran Tiananmen.