Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sami Myanmar ditangkap sembunyikan lebih 4j Ice di biara

Feb 07, 2017 | 11:29 AM



YANGON: Seorang sami Buddha di Myanmar ditangkap kerana menyembunyikan lebih empat juta pil methamphetamine, atau Ice, di biaranya, kata polis pada Isnin (6 Feb).



Ini menyusuli rampasan jumlah rekod dadah perangsang itu tahun lalu.



Sami itu, Arsara, ditahan selepas polis menemui ratusan ribu pil tersebut dalam keretanya semasa dia memandu dari kampung Shwe Baho di bandar Maungdaw di negeri Rakhine, yang bersempadan dengan Bangladesh.



"Pada mulanya polis menemui 400,000 dadah itu" apabila mereka memeriksa kenderaannya pada petang Ahad, kata ketua polis tempatan, Encik Kyaw Mya Win.



"Polis kemudian pergi ke biara sami itu dan menemui lagi 4.2 juta pil Ice."



Myanmar antara negara paling banyak menghasilkan dadah di dunia, mengeluarkan jumlah besar methamphetamines serta candu dan ganja.



Tahun lepas (2016), polis Myanmar merampas jumlah rekod 98 juta pil Ice, hampir dua kali ganda 50 juta yang disita pada 2015.



Pendakwaan berkaitan dadah juga melonjak sekitar 50 peratus kepada 13,500, yang menurut polis mencerminkan pertumbuhan dalam perdagangan dadah tempatan.



Pemerdagangan dadah semakin meningkat terutamanya di negeri Rakhine, rumah bagi lebih satu juta orang kaum minoriti miskin Rohingya.



Pada September lalu, media pemerintah melaporkan dua lelaki ditangkap selepas 6.2 juta pil Ice ditemui dalam kereta mereka di Maungdaw. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >