Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sarawak hadapi pilihan raya negeri

82 kerusi jadi rebutan, termasuk 11 kawasan undi baru
Apr 25, 2016 | 11:07 AM



KUCHING (Sarawak): Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) ditutup 10 pagi tadi, Isnin.



Proses selama sejam itu berlangsung di 82 pusat penamaan calon sejak 9 pagi.



Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Murum menyaksikan pertandingan empat penjuru yang membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Encik Chuk Pai; calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Abun Sui Anyit; calon Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Mathew Silek; dan calon Bebas, Encik Stanley Ajang Batok.



Calon BN bagi kerusi Bukit Sari, Datuk Awang Tengah Ali Hasan, menang tanpa bertanding selepas hanya pencalonan beliau diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga jam 10 pagi tadi.



Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Bukit Sari, Encik Hussaini Hakim.



Datuk Awang Tengah yang juga penyandang kerusi berkenaan mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.02 pagi.



Pengundian ditetapkan pada 7 Mei.



Pilihan raya itu diadakan susulan pembubaran DUN Sarawak pada 11 April.



DUN Sarawak kini mempunyai 82 kerusi berikutan persempadanan semula yang menyaksikan tambahan 11 kerusi baharu.



Awal sebelum itu di Lundu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengiringi Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem yang mempertahankan kerusi DUN Tanjong Datu ke pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Lundu, di sini.



Kedua-dua pemimpin ini turut disertai kumpulan kira-kira 3,000 penyokong Barisan Nasional (BN) sebelum berarak ke pusat penamaan calon berkenaan.



Penyokong BN itu mula berkumpul seawal jam 7 pagi bagi sebagai tanda sokongan terhadap Adenan yang bakal mempertahankan kerusi DUN Tanjung Datu dalam pilihan raya negeri kali ini.



Tan Sri Adenan yang mewakili kerusi DUN Tanjung Datu sejak dua penggal lalu bakal ditentang calon Parti Reformasi Sarawak (STAR), Mura Kadir dan Jazolkipli Numan (PKR).



Terdahulu, Datuk Seri Najib dan Tan Sri Adenan berkesempatan menunaikan solat hajat di Masjid Daerah Lundu.



Sementara itu di Kapit, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengiringi calon BN untuk kerusi DUN Baleh, Tan Sri Dr James Jemut Masing ke pusat penamaan calon sebentar tadi.



Mereka yang diiringi kira-kira 2,000 penyokong berarak sejauh 500 meter dari Hotel Meligai ke Dewan Suarah Kapit.



Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti 20 kawasan yang dijangka 'panas' sepanjang PRN-11, 7 Mei ini.



Justeru, Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, pihaknya akan memberi lebih perhatian terhadap kawasan-kawasan berkenaan.



"Kita sudah mengambil tindakan awal di kawasan berkenaan, namun berdasarkan pengalaman kita di Sarawak sebelum ini, kami yakin tiada isu besar yang akan berlaku," katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan amanat kepada petugas PDRM pada PRN-11 di sini semalam, Ahad.



Dalam pada itu, Datuk Seri Zulkifli berkata, kesemua 7,000 pegawai dan anggota PDRM yang akan bertugas sepanjang PRN-11, diberikan kursus dan latihan terutama mengenai peraturan pilihan raya.



"Persiapan sudahpun bermula awal, kita telah mengadakan kursus dan latihan supaya mereka bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku," katanya. - mStar Online, BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >