Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sarawak Report siar laporan AG yang dirahsiakan mengenai 1MDB

Jul 14, 2016 | 02:53 PM



KUALA LUMPUR: Sebuah laman web berita terkenal dengan laporan menggemparkan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah menerbitkan apa yang didakwanya sebagai teks penuh laporan ke atas syarikat pelaburan kerajaan Malaysia itu, yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).



"Kami telah menaip semula keseluruhan laporan itu untuk menggagalkan percubaan menganiaya pemberi maklumat, jadi harap maafkanlah sembarang kesilapan menaip. Teks ini adalah satu replika tepat," kata Sarawak Report di laman webnya pada Rabu (13 Julai), bersama gambar yang didakwanya laporan Ketua Juruaudit Negara mengenai 1MDB dan kandungannya dalam bahasa Melayu.



Laman berita Malaysiakini berkata ia tidak boleh menyiarkan semula teks itu kerana kekangan undang-undang, memandangkan sesiapa yang bersalah mengedar atau memiliki dokumen rahsia menghadapi hukuman mandatori penjara dua tahun.



Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata minggu lepas beliau akan memeriksa keaslian apa yang dikatakan "dokumen Juruaudti Negara yang bocor" dan mengesahkannya dengan Peguam Negara.



Seorang peguam di Kuala Lumpur, Encik Syahredzan Johan, menulis dalam rencana pandangan bagi akhbar The Star bahawa akta itu tidak memerlukan Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri, atau sembarang pegawai awam yang dilantik memberi alasan mengapa sesuatu dokumen itu harus dijadikan rahsia rasmi.



Dalam erti kata lain, seseorang yang diberi kuasa di bawah akta itu untuk mengelaskan dokumen, boleh berbuat demikian bagi sembarang dokumen atau maklumat, tidak kira apakah ia perlu atau wajar dirahsiakan.



"Ia juga bermakna OSA telah digunakan untuk menutup atau menyembunyikan kecuaian, salah urus, salah laku atau kesalahan dalam kerajaan," ujar Encik Syahredzan.



Pengkritik telah mempersoal keputusan mengelaskan Laporan Ketua Juruaudit Negara itu sebagai rahsia rasmi, kerana 1MDB - yang terlibat dalam siasatan pengubahan wang haram dan penyelewengan di sekurang-kurangnya enam negara - syarikat milik negara dan tidak ada kaitan dengan keselamatan negara atau pertahanan.



Sarawak Report, yang dikendalikan oleh seorang editor berpangkalan di London, Cik Clare Rewcastle Brown, diharamkan di Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >