BANGKOK (Reuters) - SEBUAH satelit Thailand telah mengesan 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi di mana misi mencari antarabangsa sedang dijalankan untuk menjejaki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dipercayai terhempas di lautan itu pada 8 Februari lalu.
Ini dinyatakan oleh Geo Informatics and Space Technology Development Agency (Gisda) Thailand.
Objek-objek berkenaan dikesan sekitar 2,700 kilometer dari barat daya Perth oleh satelit "Thaichote" pada 24 Mac lalu, kata Gisda dalam satu kenyataan.