Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Satu lagi kebakaran di Hospital Sultanah Aminah

Oct 26, 2016 | 03:08 PM



JOHOR BAHRU: Satu lagi kebakaran dipercayai berlaku di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru, kali ini di bilik pembedahan di wad kecemasan dan trauma.



Kakitangan hospital berpakaian uniform berwarna biru serta pesakit dilihat bergegas keluar dari wad trauma.



Menurut seorang sukarelawan, asap dilihat keluar dari bilik pembedahan yang terletak di tingkat satu bangunan itu.



Sebuah kereta bomba dilihat memasuki kawasan hospital itu dan kakitangan hospital, pesakit serta orang ramai diminta mengosongkan kawasan tersebut.



Api dipercayai kecil dan kini telah terkawal.



Ini kali kedua kebakaran berlaku di HSA dalam masa dua hari. Isnin (24 Okt) lalu, kebakaran pada pagi hari membunuh enam pesakit di unit rawatan rapi hospital itu.



Anggota bomba mengambil masa dua jam untuk memadamkan api, yang menurut siasatan awal disebabkan kerosakan pemasangan wayar yang membawa kepada litar pintas di tingkat tiga hospital tersebut.



HSA antara hospital paling sibuk di Malaysia, dengan 294 pesakit dan 193 pekerja. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >