JAKARTA: Unit khas antipengganas Indonesia - dikenali sebagai Densus 88 - menembak mati seorang suspek pengganas dan menangkap lima yang lain dalam operasi berasingan menyasarkan anggota Mujahidin Indonesia Timur (MIT) di Sulawesi, kelmarin.
Jurucakap polis, Encik Agus Rianto, berkata operasi itu dibantu pasukan polis Sulawesi Tengah yang melakukan lima penangkapan berbeza. Katanya, suspek pertama dikenali sebagai Ilham Syafii yang ditangkap pada 10.15 pagi di Kampung Bungadidi di Luwu Utara.