RIYADH: Arab Saudi berkata ia sedang mendapatkan bantuan pakar sejagat bagi memerangi Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers), sedang kes Mers pertama dilapor di Jordan.
Pakar-pakar dari Jerman, Perancis, United Kingdom dan Amerika Syarikat sekarang ini sedang membantu mengekang penularan Mers, kata Penolong Timbalan Menteri Kesihatan Arab Saudi, Encik Mohammed Zamakhshary, dari Riyadh semalam.