RIYADH: Arab Saudi menyatakan ia telah memintas sebuah peluru berpandu balistik yang dilancarkan dari Yaman, selepas satu letupan kuat kedengaran dekat Lapangan Terbang Riyadh, malam kelmarin.
Peluru berpandu itu dimusnahkan di udara ibu kota tersebut dan serpihannya jatuh ke kawasan lapangan terbang itu, sumber yang dipetik agensi Saudi Press melaporkan.