RIYADH: Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran semalam menyusuli serbuan ke atas kedutaannya di Teheran oleh penunjuk perasaan negara itu berikutan tindakan Arab Saudi melaksanakan hukuman mati ke atas ulama Syiah terkenal Arab Saudi, Sheikh Nimr al-Nimr.
Menteri Luar Arab Saudi, Encik Adel al-Jubeir, berkata bahawa diplomat Iran sudah diarah meninggalkan Arab Saudi dalam tempoh 48 jam.