RIYADH: Sekretariat Makkah menyediakan 74,700 lot kubur bagi mengebumikan jenazah jemaah yang meninggal dunia ketika mengerjakan haji termasuk mangsa rempuhan di Mina pada minggu lalu.
Pengarah Media, Encik Osama Zaytoun, memaklumkan bahawa sebanyak enam kawasan perkuburan termasuk di Maalaa, al-Adl dan al-Sharea disediakan bagi menempatkan kesemua jemaah yang meninggal dunia.