RIYADH: Sebagai sebahagian langkah pencegahan untuk melindungi jemaah haji daripada dijangkiti wabak Ebola, kerajaan Arab Saudi mengumumkan perintah melarang kemasukan umat Islam dari negara-negara Afrika Barat.
Kementerian Kesihatan Arab Saudi telah membatalkan pengeluaran visa haji dan umrah bagi warga negara Sierra Leone, Guinea dan Liberia berikutan kebimbangan penyebaran virus Ebola di negara-negara tersebut.