Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saudi tetapkan dua syarat untuk Iran

Keputusan sertai tentera perikatan Islam kini di tangan Tehran
Dec 17, 2015 | 04:03 PM



KAHIRAH (Mesir): Iran mesti berhenti daripada memberi sokongan kepada terorisme dan mengancam negara-negara Islam dan negara-negara Arab, sekiranya ia mahu menyertai tentera perikatan melibatkan 34 negara Islam bagi memerangi keganasan.


Ini ditegaskan Brigadier Jenderal Ahmed Al-Assiri, yang merupakan penasihat kepada pejabat menteri pertahanan dan jurucakap tentera perikatan pimpinan Arab Saudi bagi keamanan di Syria dan Yemen itu.


Brigadier Jenderal Al-Assiri telah menemani Timbalan Perdana Menteri Ke-2 merangkap Menteri Pertahanan Arab Saudi, Putera Mahkota Mohammed bin Salman semasa kunjungan ke Kahirah itu.


Beliau ditukil Arab News dalam laporannya hari ini sebagai berkata: "Kami kini sedang berbincang tentang tindakan yang perlu diambil untuk memerangi pengganasan dan jika Tehran sedia menjadi sebahagian daripadanya, ia mesti berhenti campur tangan di Syria dan Yemen dan berhenti menyokong terorisme di Lubnan dan Iraq."


Beliau berkata, langkah-langkah telah diambil untuk membangunkan sebuah pusat operasi bersama untuk tentera bersekutu Islam di Riyadh.


Menyentuh soal gencatan Yemen, Brigadier Jenderal Al-Assiriberkata: "Militia Houthi dan angkatan tentera yang menyokong presiden yang digulingkan telah mencabuli perjanjian beberapa kali sejak ia diumumkan."


Pusat kawalan akan memantau dan bertindak terhadap keganasan yang berlaku, tekannya.


Tambah beliau lagi, matlamat ketenteraan telah dicapai di Yemen tetapi usaha mencapai keamanan diteruskan menerusi pendekatan politik.


"Ia jelas bagi pemerintah Yemen di Aden, yang ditadbir secara bebas bagi pemerintahan negara ini," ujarnya lagi.


Bantuan kemanusiaan terus dilaksanakan secara giat di Pusat Raja Salman, yang menerima sejumlah besar barangan bantuan bagi rakyat kedua-dua negara itu. - Arab News.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >