Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KEBAKARAN PUSAT TAHFIZ DI KUALA LUMPUR

'Saya harap semua yang bersalah dihukum mati'

Sep 19, 2017 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: "Saya berharap semua suspek itu diberi hukuman setimpal. Hukuman mati sebagai pengajaran kepada yang lain," kata ibu seorang mangsa kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di Jalan Keramat Hujung di sini Khamis lalu.



Cik Hermayani Normatias, 38 tahun, ibu Indrakurniawan Mohd Amirul, 11 tahun, antara tiga pelajar yang masih dirawat di Unit Rawatan Kebakaran, Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.



Beliau berkata tanpa hukuman setimpal, dibimbangi suspek akan mengulangi kesalahan sama atau lebih teruk.



"Saya dimaklumkan dua suspek mempunyai kes lampau tetapi dibebaskan. Sekarang dia terbabit dalam kejadian meragut nyawa 23 orang lain. Tiada jaminan mereka akan berubah.



"Pihak berkuasa juga perlu menyiasat apa yang mempengaruhi kanak-kanak dan remaja berkenaan kerana perbuatan mereka seolah- olah dipengaruhi pengganas atau ekstremis.



"Jika ini dilakukan kumpulan ekstremis mungkin tidak mengejutkan, tetapi ia dilakukan kanak-kanak dan remaja," katanya ketika ditemui pemberita di HKL, lapor Berita Harian Online semalam.



Sementara itu, ibu Muhammad Fahmie Abdullah, 11 tahun, salah seorang pelajar yang maut dalam kebakaran itu, bertegas tidak akan memaafkan perbuatan mereka yang membakar pusat tahfiz tersebut.



Cik Noorazlina Bakry, 36 tahun, berkata beliau tidak akan memaafkan ketujuh-tujuh remaja yang ditahan polis jika benar mereka melakukan perbuatan yang meragut nyawa anak sulungnya itu.



"Saya tidak akan maafkan mereka. Banyak lagi saya mahu lakukan untuk anak saya tetapi sekarang sudah tidak sempat. Saya mahukan keadilan untuk anak saya.



"Banyak lagi saya mahu curahkan kasih sayang saya. Hati apa yang sanggup buat macam itu kepada pelajar tahfiz," katanya kepada akhbar Utusan Malaysia semalam.



Namun, bapa dua lagi mangsa berkata beliau bersedia memaafkan ketujuh-tujuh suspek.



Encik Nasrun Mat Yusuf, 46 tahun, bapa Muhammad Nizamudin, 13 tahun, yang maut, dan Zunnun Misri, 15 tahun, yang terselamat dan sedang dirawat.



Beliau berkata: "Perkara sudah berlaku dan tidak akan mengembalikan semula anak saya yang sudah tiada.



"Mereka akan menjalani hukuman mengikut undang-undang dunia. Saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk menilai dan menghukum. Saya reda atas ketetapan Allah.



"Saya maafkan tetapi tidak mampu berjumpa mereka atau keluarga mereka jika diminta berbuat demikian kerana ia akan mengingatkan saya kepada arwah," kata beliau kepada pemberita di HKL. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >