Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saya sendiri pilih Gibran sebagai calon naib presiden: Prabowo

Dec 11, 2023 | 01:07 PM



JAKARTA: Calon Presiden, Encik Prabowo Subianto, mengesahkan bahawa pemilihan Encik Gibran Rakabuming Raka sebagai pasangannya adalah keputusan peribadinya semata-mata.


Encik Gibran, anak sulung Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo, dipilih oleh Encik Prabowo, di tengah-tengah spekulasi yang mencadangkan pelantikan Encik Gibran itu dipengaruhi oleh bapanya untuk membentuk “dinasti politik”.

“Saya secara peribadi memilih (Gibran) dan memintanya untuk menjadi pasangan saya. Tidak ada yang namanya dinasti politik,” kata Encik Prabowo kepada pengkritik, semasa perhimpunan bersama pasukan kempennya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sentul di Bogor, Jawa Barat, pada Ahad, 10 Disember 2023.

Calon pendahulu itu menambah: “Jika keluarga mempercayakan anak mereka kepada republik ini, apa salahnya?

“Kita mesti menghargai mana-mana keluarga yang membenarkan anak mereka menyumbang kepada republik ini, “ katanya dipetik Jakarta Globe.


Encik Gibran, 36 tahun, secara rasmi dicadangkan sebagai pasangan calon oleh Parti Golkar, sekutu penting dalam aspirasi presiden Encik Prabowo.

Cadangan ini tidak mendapat tentangan daripada ahli gabungan lain.

Encik Gibran, yang juga Datuk Bandar Solo, pada mulanya tidak layak bertanding, sehingga Mahkamah Perlembagaan meminda peraturan yang mewajibkan calon berumur sekurang-kurangnya 40 tahun pada Oktober.

Encik Prabowo menyangkal tanggapan tentang usia muda Encik Gibran yang akan menjejas keupayaannya dengan memetik contoh sejarah.

“Sesetengah orang mengatakan bahawa pasangan saya terlalu muda untuk memerintah, sedangkan kita pernah mempunyai panglima tertinggi (Jeneral Soedirman) yang mengetuai perang menentang penjajahan pada usia 29 tahun,” katanya.

Penyandang Presiden, Encik Jokowi tidak bertanding semula setelah tempoh perkhidmatan dua penggalnya berakhir.

Tiga calon untuk pemilihan Presiden pada 14 Februari 2024 terdiri daripada bekas jeneral tentera, Encik Prabowo; bekas gabenor Jawa Tengah, Encik Ganjar Pranowo; dan bekas gabenor Jakarta, Encik Anies Baswedan.

Encik Prabowo bertanding jawatan presiden buat kali ketiga selepas tewas kepada Encik Jokowi pada 2014 dan 2019.

Tempoh kempen akan berlangsung sehingga 10 Februari 2024 dan tarikh mengundi ditetapkan pada 14 Februari 2024.

Jika tiada pasangan calon yang memenangi lebih 50 peratus undi dengan sekurang-kurangnya 20 peratus undi daripada lebih separuh wilayah, pusingan kedua akan diadakan pada 26 Jun 2024 antara dua calon teratas.

Presiden dan Naib Presiden yang baru dipilih akan mengangkat sumpah pada 20 Oktober 2024 bersama ahli Dewan Perwakilan Rakyat. Indonesia mempunyai kira-kira 205 juta pengundi. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >