Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sayap syarikat penerbangan 'halal' pertama Malaysia kuncup

Apr 13, 2016 | 12:49 PM



SHAH ALAM: Seramai 600 pelanggan membanjiri ibu pejabat Rayani Air di Shah Alam pada Selasa (12 April), untuk menuntut bayaran balik daripada syarikat penerbangan itu.



Ini setelah syarikat penerbangan Malaysia itu, yang pertama mematuhi syariah, digantung tiga bulan pada Isnin, selepas ia gagal mematuhi peraturan penerbangan.



Ada pelanggan bernasib baik mendapat kerusi dan meja untuk mengisi borang di pejabat kecil Rayani, manakala yang lain melakukannya di tangga simen di luar pejabat di tingkat dua itu.



Bagaimanapun, mereka yang ditemui akhbar The Star berkata mereka berpuas hati dengan perkhidmatan kakitangan syarikat penerbangan itu berhubung bayaran balik.



"Mereka sangat apologetik," kata seorang pegawai polis yang dikenali sebagai Safuan, yang telah menempah tiket untuk terbang pulang ke Kota Kinabalu bagi cuti Raya.



Menurut Encik Safuana, beliau mungkin perlu menunggu 20 hari untuk syarikat penerbangan itu memulangkan wangnya.



Bagi seorang lagi pelanggan, Encik Fazlee Abdullah, ini kali ketiga beliau terpaksa menemui kakitangan syarikat penerbangan itu mengenai masalah penerbangannya.



Namun, beliau bersedia memberi mereka peluang lagi.



"Mereka masih baru, jadi kita mungkin perlu faham," katanya.



Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, berkata, tanpa memberi butiran, pada Isnin bahawa Rayani digantung kerana "melanggar peraturan penerbangan awam".



Dilancarkan Disember lalu, kru penerbangan Muslim syarikat itu memakai hijab manakala yang bukan Islam dilarang memakai pakaian terdedah.



Hidangan dalam penerbangan semuanya halal dan minimum keras dilarang.



Bagaimanapun sepanjang beberapa minggu kebelakangan, syarikat penerbangan itu dikritik penumpang dan kerajaan Malaysia kerana kelewatan dan pembatalan penerbangan pada saat akhir.



Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, menulis tweet pada Sabtu lalu bahawa Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan menjalankan audit keselamatan sebelum membenarkan Rayani terbang lagi. - The Star/Asia News Network, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >