EDINBURGH: Rakyat Scotland yang mengundi dalam pungutan suara menolak berpisah dan sebaliknya memilih agar kekal bersama Britain.
Keputusan itu menyelamatkan penyatuan lebih 307 tahun bersama England, sekali gus memberi nafas lega terhadap kestabilan politik Britain, termasuk Perdana Menteri Britain, Encik David Cameron, yang berdepan gesaan supaya meletak jawatan sekiranya Scotland mengundi mahu bebas.