Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sebuah lagi kapal kontena disasar peluru berpandu Houthi

Mar 06, 2024 | 02:12 PM



GENEVA: Syarikat perkapalan kontena global MSC mengesahkan pada 5 Mac bahawa salah sebuah kapalnya terkena peluru berpandu di luar pantai Yaman, dalam serangan yang didakwa dilakukan oleh pemberontak Houthi di negara itu.


Sejak November, pemberontak yang disokong Iran itu telah menembak dron dan peluru berpandu ke arah banyak kapal di perairan Laut Merah – laluan penting perdagangan dunia.

MSC yang berpangkalan di Geneva berkata kapal kontena berbendera Liberia MSC Sky II itu telah diserang pada 4 Mac berhampiran Aden, menyebabkan kebakaran yang sempat dipadamkan.


Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

“Semasa perjalanannya dari Singapura ke Djibouti, MSC Sky II telah terkena peluru berpandu pada 4 Mac sekitar 135 kilometer ke tenggara Aden dan 275 kilometer dari Selat Bab-al-Mandeb,” kata MSC dalam satu kenyataan.


“Peluru berpandu itu menyebabkan kebakaran kecil yang dapat dipadamkan manakala tiada anak kapal yang cedera. Ia kini meneruskan perjalanannya ke Djibouti untuk penilaian lanjut,” tambah kenyataan itu.

Houthi berkata dalam satu kenyataan berkata mereka telah menyasarkan “kapal Israel MSC SKY di Laut Arab” dengan peluru berpandu dan bahawa “serangan itu tepat pada sasaran”.


Houthi, yang menguasai sebahagian besar Yaman yang dilanda perang, berkata mereka menyerang perkapalan berkaitan Israel sebagai perpaduan dengan rakyat Palestin di Gaza.

Serangan itu telah menyebabkan beberapa firma perkapalan utama menangguhkan laluan melalui Laut Merah, yang biasanya membawa kira-kira 12 peratus perdagangan sejagat dan mengalihkan kapal beribu-ribu batu di sekitar Afrika – meningkatkan masa dan kos penghantaran.

Sejak Januari, Amerika Syarikat dan Britain telah melancarkan serangan berulang kali ke atas sasaran Houthi di Yaman sebagai tindak balas kepada serangan Houthi. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >