Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

NAHAS HELIKOPTER DI SARAWAK

Sehidup semati lepas 8 bulan bersama

May 09, 2016 | 05:30 AM



KUALA SELANGOR: Pasangan Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya, Encik Asmuni Abdullah, yang meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sarawak pernah bertemu ketika zaman remaja, kemudian jatuh cinta, namun terpaksa berpisah.



Tetapi, selepas lebih dari 30 tahun, menjalani kehidupan berasingan dengan membina keluarga masing-masing dengan jarak ribuan batu, cinta mereka nyata tetap utuh.



Sayangnya kebahagiaan mereka hanya ditakdirkan bertahan selama lapan bulan. Mereka yang masing-masing berusia 52 tahun sama-sama maut dalam nahas helikopter di Sarawak pada Khamis lalu.



Walaupun cinta mereka telah berputik sejak zaman remaja, pasangan ini hanya ditakdirkan mengikat pertalian sebagai suami isteri pada September lalu selepas bertemu di Facebook.



Adik lelaki Datuk Noriah, Encik Saiful Baharim, mengimbas kembali bagaimana pasangan ini harus berpisah selama lebih 30 tahun lalu selepas ibu mereka menghalang hubungan cinta mereka.



"Mereka belajar di sekolah rendah dan mahu berkahwin apabila tamat sekolah menengah tetapi ibu tidak benarkan dengan alasan pelajaran adalah lebih penting.



"Akhirnya, cinta mereka terkubur dan masing-masing melanjutkan pengajian di peringkat tinggi.



"Asmuni ke Amerika Syarikat belajar seni bina manakala Datuk Noriah belajar undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,'' katanya.



Beliau berkata kedua-dua mereka terputus hubungan dan Noriah kemudian berkahwin dan dikurniakan lima orang anak daripada tiga perkahwinan, termasuk seorang anak angkat lelaki berusia tiga tahun.



Encik Asmuni juga telah mempunyai empat orang anak dan menetap di New York selepas menamatkan pengajiannya.



Pasangan itu hanya menyambung semula hubungan mereka pada awal tahun lalu apabila Datuk Noriah mengadakan perhimpunan untuk alumni sekolah rendah beliau melalui Facebook.



Menyedari bahawa mereka masih mempunyai perasaan antara satu sama lain, mereka terus berhubung dan akhirnya berkahwin pada September lalu. - The Star




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >