PARIS: Lebih banyak negara memperketat langkah antikoronavirus kelmarin dengan Perancis melanjutkan perintah berkurung dan Belgium mempercepatkan langkah kekangan sedang jangkitan baru Covid-19 menular di pelbagai pelosok dunia.
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah memberi amaran akan wujudnya peningkatan pesat dalam jangkitan Covid-19 yang mengancam keupayaan sistem kesihatan dalam menangani gelombang kedua kes koronavirus.