Time: Trump 'silap' mengenai dakwaan dipilih tokoh tahun ini
WASHINGTON: Encik Donald Trump "salah", kata majalah Time, apabila Presiden Amerika Syarikat itu mendakwa bahawa beliau menolak satu sesi "wawancara" dan "mengambil gambar utama" kerana majalah tersebut memberitahunya bahawa beliau hanya "mungkin" dinamakan sebagai 'Tokoh Tahun Ini' penerbitan itu.