Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Mar 14, 2021 | 05:30 AM



Muhyiddin: PN tawaran baharu kepada rakyat Malaysia



KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) adalah tawaran baharu kepada rakyat Malaysia dan akan terus kekal untuk tempoh yang panjang, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Beliau yang juga Pengerusi PN, berkata PN mahu kekal sebagai sebuah gabungan politik yang berkongsi aspirasi negara untuk generasi akan datang.



Kerajaan PN katanya, berperanan penting dalam mewujudkan politik stabil, mengekalkan keharmonian kaum, menjunjung tadbir urus baik dan menegak kedaulatan undang-undang.



Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional GERAKAN yang ke-49, semalam. - BH Online




Biden tekan peri penting Indo-Pasifik kekal bebas



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden bertemu pemimpin Australia, India dan Jepun kelmarin dan berkata rantau Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka penting bagi masa hadapan semua negara tersebut.



"AS komited bekerjasama dengan anda, rakan kerja kami, dan semua sekutu kami di rantau ini, untuk mencapai kestabilan," kata Encik Biden.



Seorang pegawai kanan AS memberitahu bahawa pertemuan tersebut akan melibatkan "perbincangan terbuka dan jujur mengenai peranan China di pentas global", merujuk "cabaran di rantau ini" berkaitan perdagangan yang bebas dan terbuka. - Reuters




Arab Saudi ganti Menteri Haji dan Umrah



LONDON: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud semalam menggantikan Menteri Haji dan Umrah, Muhammad Saleh Benten, beberapa bulan selepas kerajaan itu menjadi tuan rumah ibadah haji terkecil dalam sejarah moden akibat pandemik Covid-19.



Portal The New Arab melaporkan, Muhammad Saleh Benten ditamatkan tugas sebagai Menteri Haji dan Umrah, kata agensi berita rasmi Arab Saudi (SPA), memetik keputusan kerajaan.



Beliau digantikan oleh Essam bin Saeed, yang akan mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Negara. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >