Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Mar 27, 2021 | 05:30 AM



Pengunjung lawat Phuket dikecualikan syarat kuarantin jika terima vaksin Covid-19



BANGKOK: Thailand akan mengecualikan syarat kuarantin bagi pengunjung yang telah mendapat vaksin Covid-19 yang tiba di pulau peranginan Phuket mulai 1 Julai ini dalam usaha menyemarakkan sektor pelancongannya yang terjejas teruk oleh pandemik itu.



Panel ekonomi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Encik Prayut Chan-o-cha meluluskan cadangan oleh sektor swasta dan perniagaan Phuket untuk menyuntik sekurang-kurangnya 70 peratus penduduk pulau itu untuk mempersiapkan pembukaan kembali sektor bagi pelancong yang diberi vaksin, menurut Menteri Pelancongan Phiphat Ratchakitprakarn.



Kerajaan itu merancang untuk merintis rancangan pembukaan semula di Phuket sebelum meluaskannya ke tempat pelancongan utama yang lain, seperti Koh Samui, untuk membantu memulihkan sektor pelancongan.



Kelulusan itu bermakna Phuket akan dibuka semula tiga bulan lebih awal daripada bandar lain.



Bandar-bandar lain dijangka dibuka semula Oktober ini bagi mereka yang telah mendapat vaksin.



Penduduk Phuket juga akan diutamakan dalam mendapatkan vaksin, dengan lebih dari 930,000 dos dijangka diberikan sebelum pembukaan semula, kata Encik Bhummikitti Ruktaengam, presiden persatuan pelancongan pulau itu secara berasingan awal minggu ini. - Agensi berita.




Ibu pejabat parti Suu Kyi diserang bom botol



YANGON: Ibu pejabat parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) pimpinan Aung San Suu Kyi terbakar awal pagi semalam berikutan serangan bom botol.



Myanmar menyaksikan tunjuk perasaan setiap hari sejak junta tentera melakukan rampasan kuasa 1 Februari lalu, yang saban hari semakin mendapat sokongan ramai.



Perkarangan ibu pejabat NLD adalah antara lokasi pertama tunjuk perasaan diadakan, sebelum ia merebak ke seluruh negara itu.



Serangan sekitar jam 4 pagi itu menyebabkan kebakaran kecil yang berjaya dipadamkan sejam kemudian selepas penduduk sekitar menghubungi perkhidmatan bomba. - AFP.




Puting beliung ragut 5 nyawa di AS



WASHINGTON: Puting beliung yang melanda sebahagian Alabama di selatan Amerika Syarikat (AS) mengakibatkan sekurang-kurangnya lima kematian setakat ini.



Kehadiran puting beliung itu disahkan menerusi radar dan dihebahkan oleh Perkhidmatan Cuaca Nasional (NWS) di Birmingham menerusi Twitter pada jam 4.30 petang waktu tempatan.



Gabenor Alabama, Kay Ivey, mendesak penduduk mengambil tindakan segera menyelamatkan diri dan harta benda.



"Tragik, kami sudah menerima laporan kehilangan nyawa akibat puting beliung dan cuaca buruk ini belum lagi berakhir. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >