Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Oct 16, 2021 | 05:30 AM



Bekas presiden AS, Bill Clinton, masuk ICU



LOS ANGELES : Bekas Presiden Amerika Syarikat, Encik Bill Clinton, 75 tahun, kini dirawat di hospital selepas terkena jangkitan, menurut seorang jurucakap beliau.



Doktor memaklumkan bahawa Encik Clinton bertindak balas dengan baik di pusat perubatan di Irvine, California, namun jangkitan itu tidak berkaitan dengan Covid-19.



"Pada Selasa malam, Encik Clinton dimasukkan ke Pusat Perubatan University of California Irvine untuk menerima rawatan ekoran jangkitan yang tidak berkaitan dengan Covid-19," kata jurucakap mantan presiden itu, Angel Urena di Twitter.



"Beliau dalam proses sembuh, semangatnya baik dan begitu berterima kasih kepada doktor, jururawat dan kakitangan yang memberikan rawatan sempurna kepadanya," katanya. - AFP.




Sekatan aktiviti di Indonesia diteruskan bagi cuti Krismas, Tahun Baru



JAKARTA: Pelaksanaan sekatan aktiviti awam (PPKM) akan diteruskan ketika cuti perayaan Krismas dan sambutan Tahun Baru, menurut jurucakap pemerintah bagi pasukan petugas Covid-19, Wiku Adisasmito.



"Dalam tempoh Krismas dan cuti Tahun Baru, PPKM akan diteruskan kerana ia terbukti berkesan menghentikan kes Covid-19," katanya pada sidang media secara maya kelmarin, memetik laporan portal antaranews.com.



Mengenai enakmen PPKM, Encik Adisasmito berharap orang awam akan terus patuh kepada semua dasar yang ditetapkan kerajaan.



Beliau turut berharap pemerintah tempatan akan mengawal selia dan mengawal pergerakan penduduk bagi mengelakkan peningkatan kes. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >