Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Dec 18, 2022 | 05:30 AM



Dr M letak jawatan sebagai pengerusi Pejuang



KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dipercayai telah meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).



Ini disahkan oleh sumber parti itu, dengan Dr Mahathir, 97 tahun, bagaimanapun dikatakan akan kekal sebagai Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA). Setakat ini, belum ada pengumuman rasmi dibuat parti itu.



Difahamkan, Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) Pejuang kedua akan diadakan pada 14 Januari depan.



Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, Dr Mahathir yang bertanding di Parlimen Langkawi tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Suhaimi Abdullah, yang memperoleh majoriti 13,518 undi. - BHM.




Jolie lepaskan peranan di PBB tapi kekal jadi aktivis kemanusiaan



GENEVA (Switzerland): Bintang Hollywood, Angelina Jolie, akan mengakhiri peranannya sebagai utusan khas Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) tetapi akan kekal sebagai aktivis kemanusiaan, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



Jolie, 47 tahun, sudah menjalankan lebih 60 tugasan di lapangan selama 21 tahun bersama UNHCR, menyatakan mahu terus bekerja dengan pelarian di luar badan global itu.



"Selepas 20 tahun bekerja dalam sistem PBB, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya bekerja dalam ruang lebih besar, membabitkan diri secara langsung dengan pelarian dan organisasi tempatan serta menyokong advokasi mereka untuk penyelesaian," katanya dalam satu kenyataan pengumuman pemergiannya itu. - AFP.




Musk gantung akaun Twitter milik beberapa wartawan



LOS ANGELES: Beberapa wartawan yang membuat liputan berkenaan Elon Musk digantung akaun Twitter mereka kelmarin, beberapa hari selepas satu akaun yang menjejaki keberadaan jet peribadi Musk turut digantung.



Antara akaun yang digantung ialah Ryan Mac dari The New York Times; Donie O'Sullivan dari CNN; Matt Binder dari Mashable; Drew Harwell dari The Washington Post; dan, pakar politik Keith Olbermann dan Steve Herman dari Voice of America yang dibiayai pemerintah, lapor agensi akhbar Jerman.



Catatan terakhir Harwell sebelum akaunnya digantung ialah mengenai Twitter menamatkan akaun seorang pesaingnya, Mastodon, kerana menyiarkan pautan ke versi akaun @ElonJet sendiri yang menjejaki pesawat Musk, menurut ciapan wartawan NBC News, Ben Collins. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >